Pesta Buku Utara 2016
(Discover UUM)
Pada 20 hingga 26 Mac 2016, UUM telah mengadakan pesta buku 2016 di Foyer Perpustakaan Sultan Bahiyah. Selapas kelas tamat, saya dan rakan saya telah melawat ke perta tersebut. Suasana di pesta amat meriah. Ramai mahasiswa/ mahasiswi ataupun pengunjung luar telah melawat ke pesta tersebut. Pesta buku teleh membekalkan banyak buku untuk dibelikan. Contohnya, komik, buku insentif, buku rujukan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, IT dan PC fair juga diadakan di Dataran Perdana UUM. Di sana, mahasiswa/ mahasiswi ataupun pengunjung luar bolehlah membeli pelbagai jenis peralatan komputer, contohnya, tetikus, pembesar suara, mesin pencetak dan cakera keras. Di samping itu, pelbagai jenis makanan yang lazat juga dijualkan di sebelah Dataran Perdana UUM. Saya telah membeli buku insentif untuk dibaca pada masa lapang dan juga beg laptop untuk membawa laptop saya.
Pintu Utama Pesta Buku Utara UUM 2016
Gambar di atas menunjukkan suasana dan pelbagai buku yang dijualkan. Buku yang saya belikan di pesta buku yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
Gambar di atas menunjukkan suasana IT dan PC fair di Dataran Perdana UUM.
Selepas membeli barangan yang diperlukan, saya dan rakan saya juga meninggalkan pesta buku. Saya berasa gembira kerana membeli buku dan beg laptop yang baru.









